Isnin, Oktober 01, 2012

CINTA.. KASIH.. SAYANG.. HATI ^_^

C-Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama
I-Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bukan praktikal sebelum nikah)
N-Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan
T-Timang cahaya mata sebagai pengikat kasih sayang
A-Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.
...
K-Kasih berputik dikala pertunangan diikat
A-Akad dilafaz cinta berbunga
S-Suami disanjung-tinggi
I-Isteri disayangi
H-Harumlah kasih sepanjang zaman

S-Sayangkan Isteri kasihkan suami
A-Ada masalah, dibincangkan bersama
Y-Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
A-Amalkan hidup bertoleransi
N-Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama
G-Gaduh sesekali tu perkara biasa

H-Hati suami mesti dijaga
A-Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh
T-Tanggung-jawab dipikul bersama
I-Isteri tak makan hati, suamipun tak cari ganti

Isnin, September 03, 2012

-Tip Plan Perkahwinan Ustaz Don bersama pasangannya Husna-

1. Majlis dibuat secara sederhana tetapi indah. Majlis dimulakan dengan selawat.

2. Husna memakai inai di pergelangan tangan sahaja iaitu bukan ditempat aurat, inai tidak berkekalan dan lukisan berbentuk bunga/tumbuhan tidak berbentuk haiwan atau menyerupai makhluk.

3. Make up Husna tidak tebal, Ustaz Don berkata dia berkahwin kerana diri Husna sendiri, dia tidak mahu melihat Husna menjadi orang lain dengan bermakeup tebal atau memakai bulu mata palsu.

4. Tiada inai di tiga jari Ustaz Don kerana inai di lelaki dipakai hanya untuk tujuan berubat sahaja.

5. Selepas ijab qabul nikah Ustaz Don meminta izin kedua pihak keluarga untuk Husna bersembahyang sunat bersamanya.

6. Sebelum menyarungkan cincin di jari Husna, Ustaz Don memegang bahagian depan kepala Husna sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya.

*Sunnah Rasulullah s.a.w. bagi pasangan yang baru berkahwin. Suami meletakkan tangan di ubun kepala isteri, dan berdoa :

" Ya ALLAH, aku memohon kepada-Mu kebaikannya, dan kebaikan segala yang Engkau ciptakan pada dirinya. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan segala keburukan yang Engkau ciptakan pada dirinya" (Riwayat Abu Daud no.1260)

7. Tiada sesi bersanding atau merenjis, pelamin hanya untuk tempat mengambil gambar bersama family dan rakan.

8. Kesemua hantaran di kedua belah pihak berbentuk makanan. Pengantin ingin berkongsi kegembiraan dengan seluruh family ketika membuka hantaran. Tujuan ini juga adalah kerana pengantin tidak mahu hantaran al-Quran/kitab diletak sama level dengan hantaran kasut, baju dan lain-lain


sumber: Informasi Dot My (fb)
Perkongsian pengalaman dari krew Nadia Zahari Photography dan Artmosphere Photography mengenai Majlis perkahwinan ustaz don daniyal.

Ahad, Ogos 26, 2012

Ada 7 perkara yg anda boleh buat utk hidup sihat & bahagia, Insya- Allah :-

1. Minum Air Banyak
2. Exercise, mulakan dengan kempen berjalan kaki 30-60-min di dalam keluarga anda. Ajak anak-anak anda berjalan bersama samada sabtu dan ahad pagi lepas subuh atau setiap pagi/petang 3-4 kali seminggu. Benda yg paling susah adalah utk memulakan dan konsisten berdisiplin. Mari kita ubah keluarga dan keturunan kita utk hidup gaya sihat. Bukan kita takut mati, tapi kita mahu hargai "pinjaman" dan amanah Allah swt kepada kita dengan baik serta hidup sihat. 
3. Tidur yg cukup (Mesti tidur antara pkl 10malam - 12 malam supaya Liver kita dapat bekerja utk Detox badan kita secara natural dengan sempurna)
4. Kurangkan makan especially Carbo (Nasi, Tepung), Gula elakkan, makanan bergaram tinggi dan stop MSG. 
5. Banyakkan sangat makan sayuran
6. Dptkan khidmat nasihat pakar utk makan supplement yg betul, bukan beli daripada mrk yg promote sesuka suki melalui internet atau MLM, mungkin produk mrk bagus tp consult Doktor yg bagus dalam food and nutrition. Percayalah bahawa 11 orang drpd 10 org mempunyai sistem hormon dan nutrient tidak seimbang dalam badan. Masanya utk repair, rosaknya sejak kecil tidak tahu, maka ia boleh menghidupkan sel kanser atau melemahkan sistem imuniti
7. Solat Tahajud secara konsisten serta perbaiki solat kita. Betapa hebatnya Islam & Rasulullah saw di mana ia membawa satu amalan yg holistik dengan Lifestyle yg jika kita praktiskan dengan bagus, ia akan merubah hidup kita, jasad, akal, hati dan ruh kita akan hidup serasi berdansa bersama.





`DR. AZIZAN OSMAN~