Khamis, Mac 31, 2011

bagai anjing dengan kucing

hari ini baru aku mengerti, mengapa wujud peribahasa melayu "bagai anjing dengan Kucing".
aku telah menyaksikan sendiri peristiwa yang betul-betul terjadi di hadapan mata ku sendiri, di mana seekor kucing telah berjuang berhabis-habisan menentang 3 ekor kucing yang ganas seperti harimau kelaparan. pada mulanya aku tidak perasaan, mengapa 3 ekor anjing itu menyalak tidak tentu pasal kerana kejadian itu di kawasan pokok-pokok yang terlindung. masa berlaku peristiwa ini pada hari khamis pukul 4.30 pagi ketika mana aku sedang menjaga gerai apk di universiti malaya.
kejadian ini nampak jelas ketika mana 3 ekor anjing tadi berjaya menggigit kepala kucing tadi dan dibawa keluar dari himpunan pokok itu tadi. dari situ baru aku sedar, bahawa kucing itu memang dalam keadaan yang sangat kretikal dan di hujung nyawa.
aku cuba membantu melepaskan gigitan anjing tadi dengan membaling batu kearah 3 ekor anjing tadi, tapi aku tidak berjaya kerana anjing itu melarikan kucing tadi bersama ia.
akhirnya, aku hanya boleh melihat dari jauh, 3 ekor anjing tadi sedang enak melapah daging kucing yang diburunya tadi.
moral cerita ini adalah, kita sebagai manusia lebih-lebih lagi sebagai seorang islam, jangan sesekali menjadi seperti anjing dengan kucing. jika sifat manusia seperti anjing dengan kucing sudah pasti, manusia akan selalu bertengkar, bergaduh, bermusuhan sehingga boleh membawa kematian dan perbunuhan.
sebagai manusia yang beriman kepada Allah swt, kita hendaklah menjadi hamba yang baik dan menjaga perhubungan dengan saudaranya. seperti dalam hadith nabi saw bersabda yang bermaksud:

Maksud Hadis Hurairah r.a. berkata Rasulullah s.w.t. bersabda yang bermaksud:

"Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan janganlah kamu bertipu-tipuan, dan janganlah kamu berbenci-bencian, dan janganlah kamu berbelakang-belakangan, dan janganlah setengah kamu menjual di atas penjualan setengah kamu dan jadilah kamu hai hamba Allah bersaudara."

Orang Islam bersaudara orang Islam,tiada boleh ia menganiayanya, dan tiada boleh membiarkannya (dalam kehinaan) dan tiada boleh mendustainya dan tiada boleh menghinakannya.

Taqwa itu di sini kata nabi , sambil menunjuk dadanya tiga kali. Sudah cukup banyak kejahatan seseorang itu, bahawa ia merendahkan saudaranya orang Islam. Sekalian orang Islam ke atas orang Islam haram darahnya dan hartanya dan kehormatannya. Diriwayatkan oleh Muslim.

akhir kalam, jangan sesekali kita merosakkan hubungan persaudaraan sesama Islam Dan bagi umat Islam yang mempercayai adanya soalan di kubur di mana malaikat akan bertanya, “siapakah saudara kamu”? Bukankah kita dituntut untuk menjawab “orang-orang Islam adalah saudaraku...”?

Wallahu a’lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan