Khamis, Ogos 04, 2011

andai feel something... return to Allah..

Andai rasa sedih,pandanglah langit, ingatlah Allah masih ada..
Andai rasa resah, renunglah dasar hati, yakinlah Allah mencipta hati..
Andai rasa putus asa, lihatlah sungai yang tetap mengalir walaupun dihalang bebatu keras..
Andai rasa kecewa, lihatlah hakikat alam semesta, percayalah Allah maha berkuasa..
Andai rasa tersisih, lihatlah purnama dimalam sepi, yakinlah Allah takkan biarkan kita sendiri..
Kalau semuanya tak pasti, serahkan pada Maha Mengetahui yang tersirat dan tersurat~

Jumaat, Mei 06, 2011

azabnya neraka !!! nauzubillah min zalik'

pernahkan kah anda bayangkan betapa azabnya api neraka... nauzubillah min zalik.. neraka Allah itu amat pedih seksaannya bagi setiap orang yang melakukan dosa ... bayangkan bertapa pedih dan azabnya kepanasan api neraka yg Allah telah jadikan untuk orang-orang yang melakukan dosa di dunia.. amatkan malang dan binasalah badan-badan mereka dibakar dengan api neraka... ya Allah sakitnya !!! ini kan pulang orang yang syirik dan murtad kepada Allah... lagi lah celaka dan binasa dia di neraka jahanam Allah.... nauzubillah min zalik, ya Allah kami sangat takut ya Allah... jangan jadikan kami orang yang Engakau benci dan murkai... kami nak selalu cinta10x dan dekat kepada Engkau ya Allah..... kami tahu bahawa 1 hari di akhirat bersamaan 1000 tahun di dunia... kami takut ya Allah nak menghadapi hari pembalasan mu... tapi kami tahu ya Allah, dunia ini hanya sementara... setiap yang hidup pasti akan mati... ya Allah jangan lah Engkau campakkan kami kedalam neraka mu ya Allah.... ampunkan lah kami jika kami melakukan kesilapan sesungguhnya kami ini insan yg selalu melakukan kesilapan...
ya Allah, kuatkan iman kami agar kami selalu patuh dan taat dalam setiap perkara yang Engkau perintahkan dan meninggalkan segala larangan apa yang telah Engkau larangkan...
ampunkan kami ya Allah.. jika kami selalu gagal dlm ujian mu... tp kami akan cuba sedaya yang terbaik utk selalu mencintai Mu ya Allah dan Engkau teguhkan iman kami utk trus di jalan Mu ..ya Allah.. terima kasih Ya Allah , wlupn de kala Engkau murka pd kamu, tp Engkau tetap beri bagi kami keampunan Mu yang cukup luas da sgt besar ini.... terima kasih Ya Allah.. terima lah taubat2 kami ini ya Allah...

Rabu, Mei 04, 2011

" Ketenangan hati & Cinta Allah swt : Bagaimana utk mendapatkannya...sebuah nukilanku utkmu teman "

" Ketenangan hati & Cinta Allah swt : Bagaimana utk mendapatkannya...sebuah nukilanku utkmu teman "

Assalamualaikum wbt..teman-teman yg dirahmati Allah skalian, ketenangan hati & ketenangan emosi mrupkan satu prkara yg sngt berbeza..ini krn keduanya lahir, dikawal & dirasakan oleh smua manusia dri dua tmpat yg brbeza iaitu emosi melalui akal fikiranmu mnakala hati melalui roh tiupan Ilahi utkmu ..utk mndpatkn ketenangan emosi, kita boleh usaha utk dpatknnya sperti kita mndengar lagu atau muzik yg tenang2, instrumental atau dengan cara kita melihat kehijauan alam, keindahan di tepi pantai & sbagainya..ttapi utk mndapatkn ketenangan hati, ia bkanlh smudah itu..ketenangan hati adlah kebahagiaan yg mna kebahagiaan itu hnya akn hadir pd hati2 manusia yg sentiasa mndekatkn & mngingati Allah swt dlm stiap urusn khidupannya..sama ada dgn cara solat, mmbaca al-quran, brzikir, brselawat & mlakukan amal kebaikn & mnggalkn kmungkaran..nmun ada yg brtanya, sy sudah solat, sy sudah mmbaca al-quran & sy telah brzkir ttapi knp hati sy msih tdk tenang..?mka jwapannya adlh krn kbanyakan mnusia mlaksanakn amlan trsebut hnya dgn mggunakan tubuh badan & akal shja bukan dgn Hati...mreka solat ttapi hnya tbuh badan shja yg brgerak sdangkn hatinya jauh drpd mngingati Allah swt apatah lgi utk mrasakan bhawa Allah itu dekat dgnnya ktika solat..mreka mmbaca al-quran dgn mulut ttapi hatinya lgsung tdak merasakn bhawa dia sdg brbicara dgn Allah swt..mreka bnyk brzikir & berdoa ttapi sbenarnya mreka bkn ingt pd Allah, mreka hnya mmbaca doa & mmbaca ayat2 zikir..sbb itulh knp hati mreka msih tdak tenang & kenapa Allah tdak mmakbulkan doa2 mreka..sahabat, hyatilah firman Allah ini, " Hanya dgn Mengingati Allah shja Hati kamu akn TENANG "..solatlh, baca al-quranlh, brzikirlh dgn mggunakan hati nurani bkn dgn aggota jasmani & akal fkiran smata2 krn jasmani & akalmu tdak mmpu utk mncari & mncapai kebahagiaan hatimu melainkan hatimu shja yg mmpu mncapai ketenangan yg anda inginkan...sterusnya cara utk mndapatkn Cinta Allah adlah dgn kita sntiasa brusaha mndekatkn diri & hati kita pd Allah swt..n sy kecilkn lgi skopnya iaitu dgn cara kita hendaklh Menjaga Solat dgn sebaik2nya...knp sy mnyatakn sdemikian, ia krn kebanyakan mnusia hari ini mreka mlaksanakan solat ttapi mereka tdak mngetahui apakah sbenarnya mksud solat itu..pngetahuan mreka hnya skadar solat adlh tiang agama, solat adlh rukun islam, solat adlh kewajipan & sbagainya..sbb itulah mreka tdak mmpu merasakan bahawa solat sbenarnya bkn hnya skadar itu, bahkn hikmah & kehebatannya nya jauh melampaui pmkiran kita sbagai manusia..bgi sy, solatlh tmpat yg paling istimewa bgi seorang hamba utk mncapai & merasakan Cinta Allah dl hatinya..& apabila kamu sdh mdapatknnya, yakinlah bahawa kamu akan rsakan tiada lgi Cinta yg lebih baik & indah dlm hidup ini melainkan bercinta dgn Allah swt..subhanallah, kamu akn rasakn sbuah ketenangn & kebahagiaan hati yg anda tdak prnah rasakn sbelum ini...sseorg yg telah mndapat cinta Allah, mreka akn sggup mninggalkn sgala cinta dunia yg mlalaikn..& ini dibuktikan oleh sahabat2 Nabi SAW yg mna mreka tlah mndapatkn Cinta Allah swt dlm khidupan mreka..mreka sggup brkorban apa shja demi islam krn mreka telah mmperolehi cinta Allah iaitu cinta yg hakiki & abadi utk selamanya..nmun, sbagai insan biasa, kita xberkemampuan utk menolak cinta krn cinta mrupakan fitrah yg Allah tiupkan pd roh stiap manusia..kita jgnlh sesekali menyalahkan atau mmpersiakn prasaan cinta ini, ttapi kita hndaklh perlu pandai meletakkan cinta dlm hidup kita barulh kita brjaya & bahagia dlm percintaan..bgaimana cara utk meletakkn cinta yg hakiki, maka anda boleh mrujuk pd firman Allah dlm surah At-Taubah:ayat 24...renungknlah ayat Allah swt trsebut, nescaya anda akn mmahami bagaimna ssunan dlm mletakkn Cinta ini & kepada siapa kita perlu mndahulukan Cinta dlm hati kita...smoga anda dpat mngambil manfaat & kebaikan drpd pkongsian sy ini...Carilah Cinta & Kasih Sayang Allah di dlm Solatmu & Cintailah Pencipta Cinta...wallahu A'lam..

Isnin, Mei 02, 2011

doa.....

• Bila Allah memakbulkan doamu, Maka DIA menyayangimu,

• Bila Allah lambat memakbulkan doamu, Maka DIA ingin mengujimu,

• Bila Allah tidak memakbulkan doamu, Maka DIA merancang sesuatu yg terbaik untukmu...
...
★ Oleh itu, sentiasalah kita bersangka baik pd ALLAH SWT dalam apa jua keadaan skalipun kerana Kasih & Sayang-Nya mendahului kemurkaan-Nya..

Selasa, April 26, 2011

Allah mengetahui segala yang ada di hati hambaNya

Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.
(surah al-Mulk: 13)

ya Allah Tuhan Semesta Alam,
sucikan lah hati kami dari sifat-sifat munafik,
jauhkan perbuatan kami dari perbuatan yang pura-pura,
hindarkan kami dari kata-kata dusta,
dan mata kami dari tidak jujur,
sesungguhnya Engkau mengetahui pandangan mata yang KHIANAT,
dan apa yang disembunyikan oleh hati.
ya Allah, hambamu memohon kepada Mu jiwa yang tenang,
untuk bertemu dengan Mu...
menerima pemberian Mu...
dan rela dengan ketentuan-ketentuan Mu...
bersihkan hati kami untuk menyampai dan menerima Ilmu Mu ini..
amin ya rabbal alamin...

Rabu, April 06, 2011

Utamakan lah pandangan Allah



Ya Allah , maafkan kami kerana selama ini kami selalu mendahului mu dalam tindakan.
Kami letakkan akal kami , kami letakkan ilmu kami , sijil kami , pengalaman kami
dalam membuat keputusan. Kami lupa Ya Allah untuk mengutama engkau dalam segala hal.

Ya Allah , maafkan kami kerana kami jarang bertanyamu apa yang terbaik untuk kami ,
kami selalu bertanya akal kami. Kami selalu membuat keputusan menggunakan nafsu
kami tanpa meminta petunjukmu

Ya Allah , maafkan kami kerana kami merasakan kamilah yang berusaha untuk mencapai
kejayaan yang kami miliki. Kami merasakan pencapaian yang kami ada adalah hasil
usaha dan penat lelah kami. Kami merasakan bahawa kehebatan kamilah penyebab
kepada apa yang kami miliki.

Ya Allah , maafkan kami Ya Allah , kami sedar bahawa semua kekuatan yang kami ada
adalah milik milik. Ya Allah kini kami padam segala kekuatan kami dan kami gantikan
dengan kekuatanmu.

Ya Allah , kini kami padamkan kehendak kami dan kami gantikan dengan kehendakmu.
Engkaulah ya Allah yang Maha Mengatur hidup.

Ya Allah , pada saat dan ketika ini kami berjanji , tidak akan mendahului mu dalam
setiap urusan kami . Kami akan selalu bertanyamu ya Allah , kami akan selalu meminta
pimpinan mu.

Ya Allah, kami bersyukur pada mu kerana engkau telah menemukan kami dengan lubuk rezeki ini. Ya Allah ampun kami ya Allah selama ini kami jarang bertanyamu bagaimana
untuk kami uruskan lubuk rezeki ini.

Ya Allah , tunjukkan kami , ajari kami, pandu kami bagaimana kami mesti mesti
mengurus lubuk rezeki ini.

(DOA PESANAN DARI SIFU ASRI

Doa Muhasabah buat semua sahabat trainer MSQ)

Khamis, Mac 31, 2011

bagai anjing dengan kucing

hari ini baru aku mengerti, mengapa wujud peribahasa melayu "bagai anjing dengan Kucing".
aku telah menyaksikan sendiri peristiwa yang betul-betul terjadi di hadapan mata ku sendiri, di mana seekor kucing telah berjuang berhabis-habisan menentang 3 ekor kucing yang ganas seperti harimau kelaparan. pada mulanya aku tidak perasaan, mengapa 3 ekor anjing itu menyalak tidak tentu pasal kerana kejadian itu di kawasan pokok-pokok yang terlindung. masa berlaku peristiwa ini pada hari khamis pukul 4.30 pagi ketika mana aku sedang menjaga gerai apk di universiti malaya.
kejadian ini nampak jelas ketika mana 3 ekor anjing tadi berjaya menggigit kepala kucing tadi dan dibawa keluar dari himpunan pokok itu tadi. dari situ baru aku sedar, bahawa kucing itu memang dalam keadaan yang sangat kretikal dan di hujung nyawa.
aku cuba membantu melepaskan gigitan anjing tadi dengan membaling batu kearah 3 ekor anjing tadi, tapi aku tidak berjaya kerana anjing itu melarikan kucing tadi bersama ia.
akhirnya, aku hanya boleh melihat dari jauh, 3 ekor anjing tadi sedang enak melapah daging kucing yang diburunya tadi.
moral cerita ini adalah, kita sebagai manusia lebih-lebih lagi sebagai seorang islam, jangan sesekali menjadi seperti anjing dengan kucing. jika sifat manusia seperti anjing dengan kucing sudah pasti, manusia akan selalu bertengkar, bergaduh, bermusuhan sehingga boleh membawa kematian dan perbunuhan.
sebagai manusia yang beriman kepada Allah swt, kita hendaklah menjadi hamba yang baik dan menjaga perhubungan dengan saudaranya. seperti dalam hadith nabi saw bersabda yang bermaksud:

Maksud Hadis Hurairah r.a. berkata Rasulullah s.w.t. bersabda yang bermaksud:

"Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan janganlah kamu bertipu-tipuan, dan janganlah kamu berbenci-bencian, dan janganlah kamu berbelakang-belakangan, dan janganlah setengah kamu menjual di atas penjualan setengah kamu dan jadilah kamu hai hamba Allah bersaudara."

Orang Islam bersaudara orang Islam,tiada boleh ia menganiayanya, dan tiada boleh membiarkannya (dalam kehinaan) dan tiada boleh mendustainya dan tiada boleh menghinakannya.

Taqwa itu di sini kata nabi , sambil menunjuk dadanya tiga kali. Sudah cukup banyak kejahatan seseorang itu, bahawa ia merendahkan saudaranya orang Islam. Sekalian orang Islam ke atas orang Islam haram darahnya dan hartanya dan kehormatannya. Diriwayatkan oleh Muslim.

akhir kalam, jangan sesekali kita merosakkan hubungan persaudaraan sesama Islam Dan bagi umat Islam yang mempercayai adanya soalan di kubur di mana malaikat akan bertanya, “siapakah saudara kamu”? Bukankah kita dituntut untuk menjawab “orang-orang Islam adalah saudaraku...”?

Wallahu a’lam.